dari pertengahan hingga akhir abad 7, pedagang-pedagang islam telah dikenal dari khilafah yang pergi ke negara cina tang serta membuat perhubungan dengan silla, salah satu daripada tiga kerajaan korea. Pada tahun 751, general cina gao xianzhi telah memimpin pertempuran talas bagi pihak cina tang melawan bani abbasiyah namun tewas. Rujukan paling tua bagi korea dalam karya geografi bukan asia timur muncul dalam tinjauan umum terhadap jalan-jalan dan kerajaan-kerajaan oleh ibn khurdadbih pada pertengahan abad 9.
Perhubungan skala kecil dengan bangsa-bangsa yang mayoritas beragama islam, khususnya orang uyghur, terus berjalan. Satu perkataan dalam bahasa korea bagi islam, hoegyo (회교, 回敎) datang daripada huihe (回紇), satu nama lama cina bagi orang uyghur. Semasa tempoh akhir goryeo, terdapat masjid-masjid di ibukota gaeseong.[10] semasa pemerintahan mongol di korea, orang-orang mongol amat bergantung pada orang uyghur untuk membantu mereka menguruskan kerajaan mereka yang luas itu karena pengalaman orang uyghur dalam pengurusan jaringan-jaringan perdagangan yang berkembang luas.
Semasa perang korea, turki mengirim tentara kedua terbanyak (setelah amerika serkat) untuk membantu korea selatan di bawah arahan pbb. Di samping sumbangan mereka dalam medan pertempuran, orang turki juga membantu dalam kerja kemanusiaan, membantu mengurus sekolah-sekolah masa perang bagi anak-anak yatim akibat peperangan. Tidak lama selepas perang itu, beberapa orang turki yang ditempatkan di korea selatan sebagai pasukan pbb mulai mengajari orang-orang korea mengenai islam. Persatuan orang islam korea berdiri pada tahun 1955, ketika masjid pertama di korea selatan dibangun. Persatuan orang islam korea berkembang cukup besar sehingga menjadi persekutuan orang islam korea pada tahun 1967. |